Friday, November 9, 2007

Doaku PadaMu....

Ya ALLAH.......

Ya Allah,

Pimpinlah diri ini mencari CINTA SEJATI.....

Pimpinlah diri ini mencari keredhaanMu....

Pimpinlah diri ini mencari kebahagiaan abadi......

Kerana Engkau Tuhan Yang Maha Kuasa.

Ya Allah,

Jadikanlah aku HAMBA YANG SOLEHAH.....

Jadikanlah aku hamba yang BERJAYA DI DUNIA.....

Jadikanlah aku hamba yang BERJAYA DI AKHIRAT....

Jadikanlah aku ABID di malam hari.....

Jadikanlah aku MUJAHIDAH di siang hari....

Ya Allah,

Kurniakanlah aku hati yang khusyuk....

Kurniakanlah aku hati yang sentiasa mengingatiMu.....

Kurniakanlah aku hati yang MENCINTAIMU semata-mata.....

Kurniakanlah aku hati yang suci dari dosa noda hitam.....

Ya Allah,

Hiasilah aku dengan AKHLAK TERPUJI.....

Hiasilah aku dengan mata yang menghayati alam ciptaanMu....

Hiasilah aku dengan lidah yang sentiasa berzikir mengingatiMu....

Ya Allah,

Jauhilah aku dari fitnah dunia....

Jauhilah aku dari sifat tercela.....

Jauhilah aku dari menjadi hambaMu yang rugi.....

Ya Allah,

Engkaulah Tuhan Yang Maha Kuasa....

Ku serahkan diri ini untukMu....

Ihdinassirotolmustaqim.....

Ameen....Ameen....Ameen....

Bismillah...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,kami warga AnaMuslimah akan memulakan perjuangan dakwah ini melalui blog yang tidak seberapa ini.Diharap blog ini mendapat sokongan dari sahabat-sahabat sekelian.Jika ada sebarang kesilapan,ribuan kemaafan dipinta dan diharap dapat memberi komen atau teguran yang membina........